Wednesday, April 25, 2007

Pengalaman Training Taekwondo

Ini pengalaman aku join Taekwondo WTF selama 2-3 bulan lebih kurang. Masa tu aku dah dapat hitam 1 dan Shotokan, dan tunggu masa nak balik Malaysia.

Kebetulan tempat latihan yang aku ikut itu adalah satu pusat latihan yang banyak mengeluarkan jaguh taekwondo negara tersebut, jadi training yang aku ikut kira lebih menjurus pada cara menghadapi tournament.

Walaupun aku hanya sempat dapat belt oren, aku sempat didedahkan dengan beberapa teknik yang baik. Contohnya teknik menyerang dengan kaki depan. Selalunya bila menendang, kita akan guna kaki belakang. Tapi dengan teknik ini, disertakan dengan teknik menukar kaki, boleh menjadikan opponent kita keliru dan tak dapat nak tentukan kaki mana yang akan menyepak.

Latihan menyepak pad juga dapat menajamkan ketepatan sepakan. Aku juga sempat berlatih menendang dalam keadaan berundur. Ertinya bila diserang, kita undur dan dalam masa yang sama menyepak lawan.

Cuma Poomsee (macam kata karate) taekwondo macam tak berapa syok kalau nak banding dengan kata.

Pukulan Buah Melaka

Lepas aku ambik seni tongkat dengan Cikgu Dahlan Setiabakti, aku attend pulak kursus Pukulan Buah Melaka. Cuma dapat attend beberapa kali, dan belum complete lagi, tapi rasa amat puas hati.

Kalau sebelum ni, dalam beladiri lain, bila orang serang, kita elak/tepis, kemudian baru masuk, tapi dalam Pukulan Buah Melaka aku belajar tepis dan serang dalam satu masa. Tak perlu nak 'bermalam' (meminjam istilah Cikgu Dahlan), iaitu menarik tangan ke belakang sebelum menumbuk. Mula-mula tu kekok jugak, tapi alhamdulillah, sekarang dah biasa.

Aku juga belajar beberapa bentuk serangan yang aku tak pernah jumpa seperti tampar kucing, buah sebat dan tendangan ke peha + penyawa (tak tahu nama dia apa). Begitu juga dengan konsep 'latah'.

Walaupun belum habis belajar, asas yang aku dapat dari Cikgu Dahlan kurasakan amat berguna, dan yang menariknya, dapat pulak aku gabungkan dengan buah Gayong. Contohnya, semasa menerima serangan, kelek dan makan guna teknik Pukulan, dan habiskan guna teknik Gayong yang 'ngeri' tuh.

Nanti ada masa, nak mengadap Cikgu Dahlan balik. Minta-minta dia diberikan kesihatan agar dapat meneruskan usaha mengajar silat ini.

Apa Bestnya Belajar Karate

Kalau korang tanya aku apa yang bestnya belajar karate ni, aku akan jawab yang paling best ialah Kata.

Dulu aku tak suka sangat.. yelah nak kena hapal banyak movement. Sensei aku pulak tak cerita detail.. yelah masa baru belajar kan... cerita detail pun tak paham. Setelah beberapa tahun mengaji barulah aku dapat merasai betapa pentingnya Kata. Aku cuma dapat menguasai Kata sehingga Bassai Dai untuk ujian talipinggang hitam 1 Dan. Sensei aku ada jugak ajar beberapa kata lain yang advance.. cuma jarang buat latihan.

Bila aku balik Malaysia, aku tak dapat sambung balik sebab payah nak jumpa Shotokan kat KL ni. Ada satu gelanggang Karate kat Bangsar, tapi depa guna nama Kissaki Kai. Menurut senseinya, depa asalnya adalah Shotokan. Kalau korang tahu mana gelanggang Shotokan yang lain, tolong bagitau aku. Nak polish balik kata-kata tu.

Antara kata yang aku suka, Bassai Dai & Tekki Shodan. Kata Tekki yang lain pun best jugak sebab melatih movement tangan jadi pantas.

Cara Mengajar Silat Zaman Ini

Kalau kita rajin bertanya orang silat yang lama-lama pasti kita selalu dengar yang belajar silat zaman dulu cukup susah. Latihannya pula amat keras.

Persoalannya adakah cara tersebut sesuai lagi digunakan pada zaman ini?

Sebelum kita cuba jawab soalan tersebut, lebih baik kita lihat perbezaan antara senario dunia persilatan zaman dulu dan sekarang.

Orang dulu tak banyak kerja. Siang mereka ke sawah, malam boleh bersilat. Orang sekarang banyak sangat komitmen. Nak luangkan masa seminggu sekali pun payah. Siang kerja, malam pun kerja.

Dulu murid silat cari guru. Sekarang guru kena cari murid.

Dan banyak lagi perbezaan yang lain.

Aku tak nak jawab soalan ni. tapi cuma nak kongsi pengalaman.

Masa aku belajar silat A beberapa tahun dulu, adalah sorang abang ni, umur dalam 40 tahun datang belajar. Pada hari-hari pertama belajar silat dah kena tangkap leher sampai tak bernafas sampai dia pitam. Tak lama lepas tu, dia pun ghaib terus tak datang-datang.

Aku sendiri pulak masa belajar silat B, cikgu suruh lompat flip atas badan kawan. Aku ni tak pernah buat, dan jurulatih pulak tak pernah ajar cara untuk buat, jadi terus buat. Kesannya, masa aku landing kaki aku bunyi 'krek'.. terus tak boleh bangun.. terpaksa cuti beberapa hari dan tak boleh pergi kerja. Kesannya terpaksa berhenti berlatih dan bersukan untuk 1 tahun lebih sebab kalau lasak, sakit tu datang balik.

Ada orang datang latihan silat untuk kesihatan selain dapat belajar beladiri.. tapi kalau sakit yang dapat... pasti orang akan lari, especially yang baru belajar. Badan kita nak pakai untuk buat banyak benda..

Satu lagi.. ada sorang jurulatih silat B ni.. jurulatih yang lebih senior minta dia tunjuk kat aku satu buah. Kita nak tengok step by step, dia pulak terus buat laju. Panas jugak hati aku. Sakit ape... Nasib baik jurulatih senior tu suruh aku buat balik kat dia.. merasa jugaklah dia penangan aku. Jadi aku mintak sangat kat jurulatih silat yang senior, tolong perhatikan jurulatih muda ni mengajar. Kengkadang depa ni panas baran.. maklumlah baru dapat title jurulatih.

Seni Tongkat Setiabakti

Tahun lepas aku ambik kesempatan hadir kursus seni tongkat bersama Cikgu Dahlan Karim dari Persatuan Silat Setiabakti. Alhamdulillah, setelah dua kali datang latihan (2 hari), aku telah dapat melakukan teknik-teknik yang diturunkan. Teknik tongkat Setiabakti memang mudah. Sesiapa pun boleh menguasainya. Dengan hanya 2 hari aku telah mengetahui teknik untuk menghadapi serangan segala jenis senjata (kecuali pistol, senapang, bom, nuklear dan yang seumpama dengannya) dari arah hadapan. Tekniknya ringkas. Anda cuma guna tangkisan atas, untuk serangan bahagian dada ke atas, dan tangkisan bawah, untuk serangan bahagian dada ke bawah. Anda juga boleh pilih untuk makan luar atau makan dalam.

Cikgu Dahlan suruh aku sambung latihan. Dia nak lahirkan banyak jurulatih. Cuma masa yang tak mengizinkan. Untuk jadi jurulatih, cikgu Dahlan akan turunkan ilmu untuk menghadapi serangan tepi dan serangan belakang.

Silat Cekak lah pulak

Aku memang dah lama nak belajar silat Cekak nih.. sejak zaman sekolah lagi, tapi tak kesampaian.. sebab kat sekolah aku yang ada hanya Lincah. Lepas aku pindah sekolah lain, yang ada hanyalah Gayong. Bila aku lanjutkan pelajaran oversea, yang ada adalah Karate & Taekwondo. So aku ingat tak da harapan dah nak belajar cekak.

2 tahun lepas, ada demo Cekak dekat Selayang. Demo ni cukup baik pda pengamatan aku sebab ia disertakan dengan penerangan sekali untuk setiap pergerakan yang dilakukan. Ingat nak daftar, malangnya waktu kerja tak mengizinkan.

Minggu lepas, aku dah mula free bali pada waktu malam, jadi tergerak nak join cekak. Nasib baik member ofis aku adalah jurulatih cekak di Shah Alam, di pun berikan contact no. telefon penyelia Cekak Selayang. Rezeki aku nak belajar cekak memang ada nampaknya sebab penyelia tu kata, walaupun kelas baru dah berjalan, tapi mereka nak tambah ahli. Aku pun terus pergi berjumpa penyelia tersebut dan aku diminta untuk ke Shah Alam untuk sesi pengijazahan dengan guru utama.

Pengijazahan berlangsung pasa Ahad malam Isnin lalu dengan baik. Cara pengijazahan cekak ni lebih kurang dengan mandi tapak Gayong. Cuma bezanya, Gayong guna wakil guru, makala cekak ni terima dari guru utama terus. Kalau Gayong, wakil guru hanya bersalam dengan seorang ahli, dan yang lain memaut tangan ahli lain(kalau tak silap sbb aku mandi tapak gayong 16 tahun dulu). Cekak pula, guru akan bersalam dengan setiap murid baru. Jadi masa untuk sesi pengijazahan tu memang makan masa. Tapi berbaloi sebab terima dari tangan guru sendiri.

Oh ya lupa nak bagitau, aku join Cekak Malaysia. Dulu ingat nak join Cekak Hanafi tapi yang dekat dengan aku Cekak Malaysia, so tak kisahlah. Aku tak nak tahu tentang politiking yang berlaku. Aku cuma nak belajar.

Malam tadi adalah kelas pertama aku (kelas asas). Aku didedahkan dengan cara menanti (yang kontroversi tu - berdiri lurus), kaedah A, B & C. Seterusnya aku diajar buah 4 buah Kilas Belakang. Patutnya mula buah 1, tapi sebab kelas tu dah berjalan beberapa minggu, jadi terus ambik buah 4.

Buah Kilas Belakang ni diambil dari Kaedah A. Nasib baik aku dah pernah belajar kunci gayong, jadi tak lah susah sangat bagi aku nak dapat pelajaran tersebut. Tapi mungkin jugak sebab buah tu mudah. Yang menariknya pergerakan kita maju ke hadapan dalam garisan lurus, tak perlu ke kanan atau ke kiri.

Satu perkara baru bagi aku. Kalau dalam silat/beladiri lain, kita akan ambil serangan lawan sebelum serangan tersebut mencecah badan, tapi cekak membiarkan serangan tersebut menyentuh badan baru bertindak. Ini pun kontroversi juga. Tapi jurulatih aku beritahu alasan:
  1. Nak jadikan diri berani terima tumbukan supaya tak terkejut nanti bila naik tahap seterusnya kalau partner ter'lebih' tumbuk.

Aku rasa mesti ada alasan lain, tapi tak pe lah, sampai masanya aku akan tahu juga.

Malam ni ada kelas, tapi aku tak dapat datang sebab ada program 3 hari kat Seemban. Insya Allah next week masuk kelas balik. Mintak-mintak tak ada sebarang halangan sepanjang 7 bulan ni untuk aku tamatkan kelas.

Pengalaman belajar silat dan martial arts yang lain

السلام عليكم

Blog ini diwujudkan untuk berkongsi pengalaman di dalam mempelajari seni mempertahankan diri silat dan bukan silat. Semoga maklumat yang aku paparkan dapat memberi kebaikan kepada semua guru, jurulatih dan pelatih silat.