Tuesday, December 4, 2007

Buah Potong Silat Cekak

Diam tak diam, setelah beberapa bulan gedebuk-gedebak dalam gelanggang Cekak, akhirnya aku sampai jugak ke peringkat Potong, yang juga menandakan aku mula mempelajari peringkat rahsia di dalam silat Cekak. Pelajaran di dalam peringkat Potong ini tidak ditunjukkan di dalam mana-mana demo silat Cekak.


Untuk mereka yang tidak tahu, sebelum sampai peringkat Potong ni, kenalah dulu tamat peringkat Asas, dan peringkat Jatuh.


Di dalam peringkat potong ini aku didedahkan dengan falsafah silat Cekak, Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai.


Peringkat potong ini dimulai dengan 2 Pelari Pisau, iaitu cara untuk menghadapi serangan pisau menggunakan 2 buah silat Cekak yang dipelajari di peringkat buah Jatuh.


Apabila masuk buah Potong ni, rasa tak sabar untuk tunggu latihan seterusnya, sebab buahnya laju, dan perlu menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam peringkat Jatuh. Harap-harap aku dapat habiskan peringkat ini dan masuk ke peringkat seterusnya.