Saturday, January 26, 2008

Berdiri Lurus Cekak

Silat Cekak mengajar penuntutnya menghadapi serangan dengan bersiri lurus. Walaupun aku dah biasa sebelum ni menanti serangan dengan kaki sebelah ke depan (Karate kaki kiri, Setiabakti kaki kanan), tapi bila dah berlatih dalam cekak ni agak kekok juga untuk berkuda-kuda.

Buktinya semasa berlatih buah umum Cekak. Bila aku diminta menanti serangan secara berkuda-kuda, kakiku seolah tidak mahu bergerak. Nak berdiri lurus juga.

Baru ni, semasa aku mengambil pelajaran buah serang Cekak, aku terkeluar buah Setiabakti (tepisan ke penumbuk). Tetapi disebabkan stance aku tidak mengikut stance Setiabakti, sebaliknya stance Cekak, maka aku dapati pertahanan aku tu tak cukup kuat, dan penumbuk Cekak tetap sampai ke badanku. Jadi aku buat kesimpulan: kalau aku nak makan cara Setiabakti, aku kena menanti cara Setiabakti.

Tapi selagi aku masih mempelajari Cekak, aku akan terus menggunakan kaedah Cekak dalam menghadapi serangan terutamanya semasa latihan.

Thursday, January 24, 2008

Buah Umum Silat Cekak

Latihan malam tadi adalah latihan pertamaku dalam pelajaran buah umum silat Cekak. 4 buah umum diperturunkan. Pelajaran buah umum mengajar ahli mempersiapkan diri untuk menghadapi serangan buah silat/martial arts lain.

Cara menghadapi serangan ini adalah dengan menggunakan kaedah yang dipelajari dalam Silat Cekak. Salah satu pelajaran malam tadi adalah menangani serangan silat x yang ada konsep makan luar dan makan dalam. Pesilat Cekak mempertahankan diri dengan menggunakan pelajaran yang dipelajari dalam buah potong.

Penyelia kelas Cekak aku ni kalau boleh nak bagi buah banyak sebab dia nak group kami ni ambil ujian pada bulan 4 nanti. Insya Allah pertengahan bulan 2 pelajaran umum ni tamat, dan terus masuk kelas kemahiran.

Doakan aku sampai ke tahap tu.

Wednesday, January 23, 2008

SIlat Cekak - Tamat juga aku akhirnya

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan mempelajari Silat Cekak,bermula dari buah asas, buah jatuh, dan buah potong, akhirnya amku tamat jugak. Barulah secara rasmi aku bergelar ahli silat Cekak. (Dulu hanya pelatih sahaja).

Majlis ijazah tamat dijalankan di Pusat Latihan Cekak Jalan Kent pada Khamis malam Jumaat 17 Januari 2008 yang baru lepas oleh Guru Utama Tn Haji Ishak Itam.

Malam tadi aku diajar pelajaran 6 tolak 6 dan juga buah serang.

Maaf aku tak boleh cerita detail pelajaran ini. Cuma pelajaran ini berguna untuk mengenal sesama ahli. Ialah mana tahu tiba-tiba di luar nanti berlaku pergaduhan. Tiba-tiba pelajaran 6-6 ini berlaku, maka pihak yang bergaduh pun tahulah yang mereka adalah sesama ahli Cekak, maka mereka akan berhenti sebab antar pantang-larang silat Cekak ialah tidak boleh bergaduh sesama ahli.

Seterusnya aku diajar buah serang.

Untuk mengambil pelajaran, pelajar kena keluar dulu, dan seorang-seorang akan dipanggil untuk 'merasa' buah serang ni (ambil pelajaran). Buah ini adalah buah 'makan gerak' di mana 'elak kena, tak elak pun kena'. Aku disuruh mengelak ke kanan dan ke kiri, dan memang penumbuk tu sampai juga ke badanku.

Buah ini tidak digalakkan untuk diguna kecuali dalam keadaan terdesak. (Tapi bila bergaduh, memang dah terdesak pun kan??)

Malam ni aku akan masuk peringkat buah umum. Nanti aku cerita lagi.