Saturday, September 4, 2010

Cikgu Joe anak murid Pak Guru Yahya Said

Pengasas Silat Cekak, Ustaz Hanafi mempelajari silat ini dari Pak Yahya Said. Dipendekkan cerita Ustaz Hanafi menubuhkan silat Cekak.

Pak Yahya Sadi terus mengajar silat, dan anak-anak muridnya lain lain mengembangkan silat tersebut dengan nama silat Kalimah.

Memang ada polemik antara silat cekak dengan silat Kalimah, tapi korang cari sendiri. Pas tu pesan aku dengar penjelasan dari semua pihak, dan buat keputusan.

Yang aku nak cerita ialah pertemuanku dengan Cikgu Joe, salah sorang anak murid Pak Yahya Said. Pak Joe ni atau nama sebenarnya En. Eusoff merupakan salah satu guru tua silat Kalimah yang sering dirujuk oleh pelaja silat Kalimah, selain dari anak murid awal Pak Yahya, iaitu Pak Zohdi, atau Imam Zohdi di Ipoh (kalau tak silap).

Yang membuatkan aku nak bertemu dengan Pay Joe sebab Cekak dan Kalimah berasal dari guru yang sama.

Setelah membuat perjanjian, aku bertemu dengan Pak Joe di sebuah gerai minum di area Greenwood, Gombak. Pak Joe lebih senang bertemu dengan pelajar baru di gerai minum berbanding di gelanggang. Lebih kurang sejam kami bersembang, Pak Joe membuka cerita tentang silat Kalimah, Pak Yahya, dan serba sedikit tentang ustaz Hanafi.

Selepas itu Pak Joe membawa aku ke gelanggang. Ada beberapa pelajar sedang berlatih, dan aku dimaklumkan ada pesilat cekak (tak pasti pesilat biasa atau jurulatih) yang turut sama mempelajarinya.

Aku sempat mlihat beberapa bergerakan yang menyamai pergerakan cekak, ialah dari guru yang sama, cuma cara pembawaan Pak Joe agak berbeza. Menurut Pak Joe, Kalimah yang dibawa adalah berdasarkan kepada kefahamannya. Kalau dibanding denganKalimah yang dibawa oleh Imam Zohdi, buah2 nya ada 27. Cekak ada 21 (mana yang lain ye?), sedangkan Pak Joe hanya ajar 19 (kalau tak silap). Menurut Pak Joe, dia hanya bawa yang praktikal.

Menurut Pak Joe lagi, buah serang dalam silat Kalimah ada 3 (1 sahaja dalam cekak, yang aku belajarlah). Menurut beliau lagi, dalam silat kalimah, peringkat buah asas dan buah jatuh (2 peringkat dalam cekak) diajar sekaligus.

Pada malam yang lain, aku membawa seorang rakan sekerja, bekas pelajar cekak Malaysia sebelum perpecahan, dan mengikut cikgu Mat Radhi di dalam cekak Hanafi selepas perpecahan (tahun 90an dulu, bukan perpecahan yang baru ni) berjumpa dengan Pak Joe. Beliau pun nampak amat berminat kerana dapat belajar direct dengan anak murid Pak Yahya sendiri. Pak Joe tak mau ramai2 dalam kelas. Setiap kelas maksimum hanya 6 orang. Menarik tu. Insya Allah, selepas raya ni kami akan turun.

Karate Kyokushin

Dah lama aku intai2 Karate Kyokushin ni di YouTube. Mula2 nampak macam boring, sebab permainan dia tak cantik, tapi bila aku tengok lama2, temasuk cara training, lebih-lebih lagi yang melibatkan conditioning, datang juga minat untuk mempelajarinya.

Carian di Internet menemukanku dengan Master Carlos Lont, seorang warga Belanda Muslim, bekas juara dan jurulatih Kyokushin Belanda. Beliau sekarang bekerja di Malaysia, dan mempunyai sebuah dojo Kyokushin di Gombak.

Suatu malam aku melapangkan diri melawat dojo tersebut. Ketika itu dalam pukul 9. Setibanya di dojo terdengar suara mengaji, rupa-rupanya depa tengah solat Isya'.


Carlos Lont & pelajarnya sedang solat sunat ba'diyyah Isya'

Setelah solat aku bertemu dengan Master Carlos, dipendekkan cerita, Master Carlos mahukan pelajar yang ada keinginan, bukan yang talented. Beliau inginkan pelajar yang rajin datang.

Kebanyak pelajar adalah warga asing spt Arab. Tak da masalah sebab dulupun masa aku belajar karate Shotokan, semua Arab.

Mater Carlos offer free trial 1-2 kali. Nantilah ada masa aku turun.

Silat Gerak Lian

Lepas aku tengok Lian Padukan, aku pun surf kat Internet pasal silat Lian lain, akhirnya jumpa Gerak Lian. Aku hubungi jurulatih Gerak Lian di Segambut, Abg Abot, dan dia alu-alukan aku datang ke gelanggang.

Kedatanganku ke gelanggang disambut baik oleh Abg Abot & ahli yang sedang berlatih. Tak ramai pesilat pada malam tu. Aku sempat mengamati beberapa pergerakan pada malam tersebut, dan yang aku perhatikan kaki pesilat di'seret' semasa melakukan perbuatan, sesuatu yang baru yang tidak kulihat di dalam silat-silat lain.

Hajat untuk belajar ada, tapi masa tak mengizinkan. Insya Allah, ada rezeki satu hari akan sampai juga.

P.S. Untuk persatuan Gerak Lian, apasal lupa renew domain name, kat website dah hilang. Daftarlah yang lain.