Wednesday, May 23, 2012

Lian Senjata Lapan

Masa mula-mula belajar lian dahulu rasa kekok sangat terutamanya bab pergerakan kaki. Alhamdulillah semalam aku dah dapat memahirkan sehingga Lian 7. Tinggal satu sahaja Lian, sebelum jurulatih nak fokus pada buah, dan insya Allah, mengikut kata jurulatih, kelas kami akan berakhir pada Disember, dan lepas tu boleh pergi ke Endau jumpa guru-guru Senjata Lapan yang lain untuk menyambung peringkat seterusnya.

Balik pada Lian, Lian 1-4 tak berapa susah, sebab pergerakan kakinya dalah sama, tapi bila masuk Lian 5, 6, 7 pergerakan kaki agak mengelirukan.

Lian dalam Senjata Lapan dilakukan ke kanan dan ke kiri, dalam 4 muka. Tetapi akhir-akhir ini kami hanya berlatih satu muka sahaja untuk jimat masa, dan juga kesempitan ruang.

Menurut jurulatih kami yang pernah belajar Lian Padukan (beliau juga adalah bekas jurulatih Cekak yang biasa train pesilat Cekak untuk ujian Sijil Rendah Persilatan dan pertandingan), lian di dalam Senjata Lapan tidak dilakukan dengan laju, kerana guru-guru lama pun tak melakukannya dengan laju. Yang penting adalah langkah, dan juga kefahaman Lian.

Mengulangkaji Silat Kalimah

Sekarang ni aku dalam proses mengulangkaji silat kalimah di bawah asuhan Pak Joe dan abg Man. Kebetulan ada group yang sedang belajar peringkat 1, jadi dapatlah berlatih sekali.

Malam ni mereka akan naik peringkat 2. Peringkat 2 silat Kalimah adalah bersamaan peringkat 3 silat Cekak iaitu peringkat potong. Mengikut pengalaman semasa belajar peringkat ini dahulu, ada kaedah potong yang ada di dalam Kalimah, tidak terdapat dalam Cekak.

Aku tak sempat mengikuti keseluruhan peringkat 2 ini dulu sebab masa tu aku sakit, jadi kali ni aku tak nak terlepas peluang lagi, begitu juga dengan peringkat 3 nanti, iaitu peringkat permainan bawah.

Baru ni aku datang masa kelas jurulatih, dapat berlatih sekejap dengan salah seorang jurulatih, dan dapat praktikkan ketiga-tiga peringkat, seronok sungguh rasanya.

Belajar silat Kalimah ni kena lengkap ketiga-tiga peringkat. Kalau tak lengkap, kira tak cukup pakej.