Tuesday, March 29, 2016

Anak-anak mewarisi minatku belajar beladiri

Alhamdulillah, tiga dari enam anakku berkecimpung dalam seni beladiri.

Kakak yang sulung dulu belajar silat Gayong Malaysia di Rawang, dan apabila dia berpindah sekolah ke Bentong, belajar pula silat Sendeng Haji Hamid. Anak yang sulung ni kerap ku ajak sparring dan memang dia amat bersungguh-sungguh.. macam bergaduh.. kadang-kadang terlepas juga teknik-teknik bahaya tapi terkawal...

Pernah dia menyuarakan hasrat untuk bertanding silat olahraga, tetapi tak menjadi kenyataan, kalau tak silap, pertandingan dibatalkan. Punyalah frust dia...

Sekarang ni dia berehat silat sementara untuk menumpukan perhatian kepada SPM akhir tahun ini.

Anak yang nombor 2 lelaki, semasa sekolah rendah dulu pada hematku kurang menunjukkan minat, tetapi rupa-rupanya dia pun tak nak kalah. Sekarang ni sedang mendalami Tae Kwon Do (ITF) dan baru-baru ni telah memasuki pertandingan. Kami sekeluarga datang enghadiri pertandingan tersebut, dan semasa first time menyaksikan aksinya, aku berasa kagum di atas semangat juang yang ditunjukkannya. Buat masa ini aku tidak banyak menunjukkan teknik silat kepada si abang ini kerana aku tidak mahu mengganggu game Tae Kwo Don nya.. yalah, teknik silat mana boleh pakai dalam pertandingan TKD, disqualify lah nanti.





Anak yang nombor 3, perempuan, semasa di sekolah rendah dahulu selalu aku ajar teknik-teknik silat buah pukul seperti jurus-jurus Senjata Lapan, dan Lian 1 Gerak Lian. Walaupun kurus, tetapi dengan teknik yang ku ajar, apabila aku mengacah-acahnya, dia dapat melakukan teknik yang siajar dengan tepat dan betul. Pernah si kakak melihat tekniknya, dia merasa terkejut kerana si adik ni tidak mundur ke belakang, sebaliknya maju ke depan apabila diserang, sambil menyerang. Sekarang ni, dia berada di asrama sama dengan si abang, tetapi dia memilih untuk belajar silat, dan silat yang ada di sekolahnya adalah silat Panca Delima.

Anak nombor 4, perempuan, pernah juga mengikut-ikut jurus dan lian tetapi dia kurang menunjukkan minat. Tambahan pula sekarang ini sedang fokus untuk UPSR dan SPRA, jadi biarlah dulu.

Anak ke-5, perempuan juga, dh beberapa kali meminta untuk belajar Tae Kwon Do di sekolahnya. Malangnya kelas TKD tu habis lambat, dan disebabkan komitmen lain, aku tak dapat nak mengizinkannya. Sabar dulu nak yea.

Anak ke-6, lelaki, yang paling lasak antara abang-kakaknya. Kerja asyik bersilat je kat rumah. Kawan sparring dia kakak dia nombor lima tu. Kakaknya tu pulak memang rajin melayan, tapi selalu akan berakhir dengan kekalahan...

Isteri aku pula macam mana? Jangan terkejut, dulu dia pernah belajar silat Harimau Sri Rama kalau tak silap semasa undergrad.

Ibukuku pun pernah belajar silat semasa mudanya. Pernah dia memberitahu semasa membuat persembahan silat, dia tertikam partnernya...

Ayahku pun dulu bersilat juga. Semasa remajaku, sepupu ayah sering bercerita tentang silat yang ayahku belajar dan ajar. Pernah sekali aku terjumpa sijil tauliah mengajar kalau tak silap, silat Nasrul Haq... tapi ayah aku ni low profile, dia tak pernah langsung cerita pengalamannya bersilat, dan tak pernah langsung menunjukkan satu dua teknik kepadaku. Yang pasti beliau merestui aku belajar silat, sebab pernah semasa aku belajar silat Kegayungan Acheh Helang Putih di rumah arwah Guru Utama Raja Aziz, ayah menyuruhku memberikan durian kepada guru tersebut.

Aku bersyukur kerana keluargaku berminat dengan beladiri. Semoga ilmu yang dipelajari dapat digunakan sebaik-baiknya untuk menjaga diri dan agama, dan bukan untuk bongkak dan mendabik dada. Amin.

Thursday, March 10, 2016

Gangguan semasa belajar silat

Gangguan? Ha ha.. yang aku maksudkan di sini bukan gangguan makhluk halus macam nyamuk ke.. walaupun memang nyamuk ni amat mengganggu.. ataupun gangguan makhuk lain yang tak nampak.. tapi yang aku maksudkan adalah gangguan interference dalam mempelajari sesuatu teknik dalam silat A disebabkan pelajar telah belajar silat-silat yang lain...

Benda ni aku hadapi malam tadi. Latihan malam tadi Hj Rahman mengajar gerakan combinasi buah-buah kuntau:
a) buah 1 diikuti buah 2, dan diakhiri dengan 3
b) buah 2, diikuti buat 1, dan diakhiri dengan buah 3

Masalah yang aku hadapi ialah buah 3, tumbuk tiga kali.. sepatutnya kedua-dua tangan menumbuk.. tapi disebabkan di dalam buah pukul lian, aku dah biasa dengan perisai dan tumbuk, jadi bila tangan kanan menumbuk, akan diikuti dengan tangan kiri menghantar perisai.. ataupun menyisip... jadi beberapa kali aku ditegur oleh Hj. Rahman, dan memang aku rasa agak sukar...

Lepas ni kena rajin buat belebat la nampaknya.. ibarat kata Tn Haji, belebat tu lah buah kita

Kesukaran ni ditambah pula dengan posisi sendeng yang memang baru bagi aku..