Thursday, February 25, 2016

Sendeng Haji Hamid

Alhamdulillah setelah berehat dari gelanggang silat selama 2 tahun setengah disebabkan bz dengan subjek phd, akhirnya dapat juga aku melangkan kembali ke gelanggang. Kali ini di gelanggang Sendeng Haji Hamid dipimpin oleh Haji Abdul Rahman. Bertuah aku rasa dapat berguru dengan Hj Rahman sebab beliau pernah berguru direct dengan Aki Jamal (Jamaluddin Shahdan) dan juga Arwah Haji Hamid sendiri.

Oleh kerana kelas yang aku ikuti ini bercampur dengan pelajar-pelajar lama, maka aku dapatlah belajar express.. dalam erti kata tidaklah perlu menghabiskan satu tahap baru boleh belajar tahap seterusnya. Dalam beberapa kali latihan.. tak silap dalam 4-5 kali latihan aku telah dapat belajar secara ikut-ikut pelajaran kuntau (belebat kuntau, kuntau pecah 4, kuntau pecah 6 dan kuntau pecah 8. Minggu lepas dah dapat belebat sendeng yang biasanya hanya diajar kepada mereka yang dah dapat habis(?) pelajaran kuntau. Malam tadi pula dapat buat kuntau 1 & 2 serta latihan LEAN.. dan memperhalusi kuntau pecah 4 - 8. Terima kasih Hj Rahman.. hanya Allah yang membalas jasamu.

2 minggu lepas, Hj. Rahman dan anak-anak muridnya turun ke Bentong gelanggang Aki Jamal. Kebetulan aku menghantar anak balik ke asrama yang tidak jauh dari gelanggang tersebut, maka rezeki akulah untuk bertemu dengan Aki dan anaknya Cikgu Sidik.. alhamdulillah..

Apa yang membuat aku mempelajari Sendeng ni, pertamanya memang dah lama teringin cuma tak bertemu jodoh. Keduanya kebetulan Sendeng Haji Hamid ni diajar di sekolah anakku dan dia turut mempelajarinya.. tu yang bersemangat tu..

Semoga jodohku dengan Sendeng kekal dan diberikan rezeki untuk menekuninya. Amin.