Saturday, January 18, 2014

Melepas nak jumpa Pak Mat Samurai

Pagi tadi aku cek Facebook nambak gambar geng-geng Buah Pukul Mersing gelanggang Rawang bergambar dengan Pak Mat Samurai di Mersing. Jadi juga diorang pergi bulan ni. Mudah-mudahan ada umur dapat aku berjumpa dengan beliau.

Sunday, January 5, 2014

Buah Pukul vs Silat

Ada seorang jurulatih yang mengajarku.. dia ni adalah seorang yang belajar banyak beladiri.. kalau tak silap dia juga seorang jurulatih satu aliran buah pukul.. tapi aku pernah dengar sendiri dari mulutnya bahawa dengan satu silat yang dipelajarinya boleh 'makan' buah pukul. Aku tak nak komen apa-apa sebab dia lebih banyak pengalaman dari aku. Tapi menurut pemerhatian aku semasa dia mengajar silat, selalu aku nampak dia terlepas buah-buah pukul.. Cam no tu jang. ;) eheheh

Buah Pukul Mersing aliran Pak Mat Samurai

Aku amat bersyukur sebab diberikan rezeki oleh Allah untuk belajar Buah Pukul Mersing aliran Pak Mat Samurai salah seorang Guru tua buah pukul yang masih hidup. Tapi aku tak belajar direct dengan beliau, sebaliknya belajar dengan seorang jurukaka Cikgu Din di Rawang. Aku juga berterima kasih kepada seorang sahabatku (nama dirahsiakan untuk menjaga hati pihak tertentu) yang membawaku ke sana.

Di gelanggang tersebut aku sempat belajar Lian 1 hingga Lian 4 ke 5 lupa dah, buah 1, lapis buah 1 serta turut, dan buah 2. Tapi sejak Ramadhan lalu aku dah tak pergi, sebabnya Ramadhan kelas dicutikan.. nak dijadikan cerita aku diterima untuk menyambung pelajaran peringkat PhD... dan kena ambik subjek, so hampir setiap malam aku bertapa di pejabat untuk membaca dan membuat assignment... maaf cikgu Din dan kawan-kawan.. nanti saya akan turun balik.

Cikgu Din ni amat humble dalam mengajar.. mungkin sebab dididik oleh Pak Mat yang juga seorang yang aktif dengan Tabligh. Beliau tidak merendahkan silat lain, sebabnya beliau turut belajar silat lain sebelum ni.

Dalam BPM aku diajar memahami "cantik lian, cantiklah buah". Memang betul. Sebab semasa aku belajar buah 1, aku terasa power seakan tidak ada power dalam menangkis serangan yang datang. Tapi apabila ku amati, perbuatan itu ada di dalam setiap Lian... dengan tunjuk ajar Cikgu Din dan rakan-rakan lain, barulah aku rasa ada sedikit kelainan semasa mengambil buah 1.

Semasa belajar buah 1, habis tanganku bengkak-bengkak, sehinggakan rakan kerja pun perasan. Isteri aku pun naik takut tengok bengkak tersebut. Semasa belajar buah 2 cikgu Din pesan ambik teknik.. masa tu tak da lah aku guna kekuatan lagi.. sebab sakit dan kesannya tak dapat buat dengan betul.

Aku dimaklumkan bulan ini geng-geng BPM Rawang nak turun ke Mersing untuk berjumpa Pak Mat. Tak pastila aku dapat turun atau tidak memandangkan jadual hujung mingguku yang agak pada bulan ni... tapi sebelum turun nak kena turun Rawang dulu berlatih balik... hish dah lupa banyak ni.. Tak pe lah, kalau ada rezeki aku akan dapat juga bertemu Pak Mat Samurai.

Sunday, September 8, 2013

Berhenti Senjata Lapan

Bukan berhenti sebenarnya, tapi tangguh dulu. Kelas terpaksa ditutup sebab ahli-ahli ada komitment lain, so tak berbaloi cikgu datang mengajar 1-2 orang setiap kali latihan.

Atas inisiatif cikgu, segala jurus, lian, dan buah divideokan dan diupload ke Facebook group kami. Tapi biasalah, setakat tengok je la, latihan tak buat jugak.. ha ha.

Disebabkan minta aku yang membuak-buak dengan buah pukul, ni aku pun join la Gayang Lima di bawah tunjuk ajar Cikgu Ku Musa. Gedebuk gedebak, sempatlah aku belajar sampai lian empat, dengan ceranan untuk setiap satu lian, buat 1-10, dan jugak pukul lapis. Tapi sejak sebelum Ramadhan haritu, aku dah tak dapat datang sebab ada komitmen. Dengar-dengar group aku dah masuk lian 6 ke 7. Jeles jugak. Takpe ada masa aku turun balik.

Wednesday, May 23, 2012

Lian Senjata Lapan

Masa mula-mula belajar lian dahulu rasa kekok sangat terutamanya bab pergerakan kaki. Alhamdulillah semalam aku dah dapat memahirkan sehingga Lian 7. Tinggal satu sahaja Lian, sebelum jurulatih nak fokus pada buah, dan insya Allah, mengikut kata jurulatih, kelas kami akan berakhir pada Disember, dan lepas tu boleh pergi ke Endau jumpa guru-guru Senjata Lapan yang lain untuk menyambung peringkat seterusnya.

Balik pada Lian, Lian 1-4 tak berapa susah, sebab pergerakan kakinya dalah sama, tapi bila masuk Lian 5, 6, 7 pergerakan kaki agak mengelirukan.

Lian dalam Senjata Lapan dilakukan ke kanan dan ke kiri, dalam 4 muka. Tetapi akhir-akhir ini kami hanya berlatih satu muka sahaja untuk jimat masa, dan juga kesempitan ruang.

Menurut jurulatih kami yang pernah belajar Lian Padukan (beliau juga adalah bekas jurulatih Cekak yang biasa train pesilat Cekak untuk ujian Sijil Rendah Persilatan dan pertandingan), lian di dalam Senjata Lapan tidak dilakukan dengan laju, kerana guru-guru lama pun tak melakukannya dengan laju. Yang penting adalah langkah, dan juga kefahaman Lian.

Mengulangkaji Silat Kalimah

Sekarang ni aku dalam proses mengulangkaji silat kalimah di bawah asuhan Pak Joe dan abg Man. Kebetulan ada group yang sedang belajar peringkat 1, jadi dapatlah berlatih sekali.

Malam ni mereka akan naik peringkat 2. Peringkat 2 silat Kalimah adalah bersamaan peringkat 3 silat Cekak iaitu peringkat potong. Mengikut pengalaman semasa belajar peringkat ini dahulu, ada kaedah potong yang ada di dalam Kalimah, tidak terdapat dalam Cekak.

Aku tak sempat mengikuti keseluruhan peringkat 2 ini dulu sebab masa tu aku sakit, jadi kali ni aku tak nak terlepas peluang lagi, begitu juga dengan peringkat 3 nanti, iaitu peringkat permainan bawah.

Baru ni aku datang masa kelas jurulatih, dapat berlatih sekejap dengan salah seorang jurulatih, dan dapat praktikkan ketiga-tiga peringkat, seronok sungguh rasanya.

Belajar silat Kalimah ni kena lengkap ketiga-tiga peringkat. Kalau tak lengkap, kira tak cukup pakej.

Monday, April 2, 2012

Lian Senjata Lapan

Alhamdulillah, walaupun kelas Senjata Lapan yang kami jalani tidak berapa konsisten, sekejap ada, sekejap tak ada, tapi dapat jugalah aku belajar sampai Lian 5.

Mula-mula tengok lian, rasa macam agak payah, sebab banyak kedudukan badan dia menyenget, dan penumbuk menghala ke depan. Setelah beberapa kali latihan, alhamdulillah ia tak sesukar mana, cuma perlu istiqomah buat latihan.

Lian dalam S8 main kana-kiri, dalam empat arah - depan, kanan, belakang & kiri (dipanggil MUKA).

Insya Allah ada 3 lagi Lian (kalau tak silap) sebelum kami tamat peringkat satu, dan bersedia untuk ke Endau berjumpa guru-guru lama buah pukul.