Sunday, September 8, 2013

Berhenti Senjata Lapan

Bukan berhenti sebenarnya, tapi tangguh dulu. Kelas terpaksa ditutup sebab ahli-ahli ada komitment lain, so tak berbaloi cikgu datang mengajar 1-2 orang setiap kali latihan.

Atas inisiatif cikgu, segala jurus, lian, dan buah divideokan dan diupload ke Facebook group kami. Tapi biasalah, setakat tengok je la, latihan tak buat jugak.. ha ha.

Disebabkan minta aku yang membuak-buak dengan buah pukul, ni aku pun join la Gayang Lima di bawah tunjuk ajar Cikgu Ku Musa. Gedebuk gedebak, sempatlah aku belajar sampai lian empat, dengan ceranan untuk setiap satu lian, buat 1-10, dan jugak pukul lapis. Tapi sejak sebelum Ramadhan haritu, aku dah tak dapat datang sebab ada komitmen. Dengar-dengar group aku dah masuk lian 6 ke 7. Jeles jugak. Takpe ada masa aku turun balik.

4 comments:

Anonymous said...

akhirnya update juga blog ni..


nak tanya, setakat ni dah belajar macam2 jenis silat, ada tak yang spesifik ajar grappling, nak menangkis beladiri grappling (wrestling, bjj, etc)

sekarang ni mma makin naik, perhatian orang ramai ke situ pula.

saya masih peringkat potong dalam SCH

Admin said...

Setakat ni tak ada. Saya pun ingat nak belajar bjj jugak kalau ada kesempatan. Tapi cuba tanya sifu-sifu gayong sebab dalam pelajaran gayong ada tangkapan di leher macam kacip emas dll yang boleh menghentikan pernafasan dan mempitampan orang.. mungkin boleh dipraktikkan.

ja'a said...

G5 masih di gelanggang Taman Permata ke?

Admin said...

Ya masih di sana. Latihan setiap selasa 10 malam.