Tuesday, June 17, 2008

Boringnya Lama Tak Berlatih Silat

Masuk ni dah 3 bulan aku tak pergi berlatih. Rasa boring la pulak... tapi macam mana, nak turun latihan cekak, member-member yang sekelas dulu pun tak dengar berita kata nak turun, pas tu pulak, sekarang ni aku sibuk sikit waktu malam...

Ingat nak pi belajar Lian Padukan. Hari tu masa lalu kat area balai polis Gombak, kat dewan, nampak ada iklan silat Lian Padukan. Kalau tak silap, latihannya Khamis malam Jumaat, jam 9. Kebetulan, memang Khamis malam Jumaat aku free, cuma masih malas lagi nak menjenguk.

Nantilah. Ada rezeki sampailah tu.

Thursday, March 20, 2008

Nak Ujian Ke Tak Nak

Aku dijadualkan untuk mengambil ujian silat Cekak pada 8 April ini. Tapi tak tahulah nak ambik ke tak sebabnya dah banyak kali latihan kelas kemahiran aku tak pergi. Mula sejak sebelum pilihanraya hari tu sampailah hari ni langsung tak pergi. Ada aja halangan, maklumlah kelas latihan pada hujung minggu.. kalau bujang lagi, insya Allah tak ada halangan, tapi orang yang ada 5 anak macam akuy ni susah sikit.. banyak program famili yang terpaksa dihadiri.

Anyway, aku bertekad, kalau tak ambik ujian tahun ni, tahun depan mesti ambik... tapi aku kena lah datang latihan biasa bersama pelajar baru untuk pastikan tak lupa semua pelajaran Cekak tu..

Wednesday, March 12, 2008

Tahniah Cikgu Fairus Khairuddin

Aku sempat belajar Gayong Pusaka dengan cikgu Fairus Khairuddin di gelanggang Selayang. Walaupun sudah lama tidak berlatih, sekali-sekala ada juga kami berhubung.

Sebelum pilihanraya baru ni, beliau ada mengirim sms menyatakan tentang pencalonannya di DUN Penanti, Pulau Pinang di bawah tiket PKR. Alhamdulillah pada pilihanraya 8 Mac lalu beliau telah berjaya menewaskan calon BN.

Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri. Semoga beliau dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Thursday, February 14, 2008

Silat Cekak - Tamat Buah Umum

Malam tadi merupakan latihan terakhir pelajaran buah umum sekaligus mengambil buah terakhir (buah ke-21) silat Cekak yang dinamakan buah Siku Potong.

Dengan ini secara sahnya latihan silat Cekak yang ku sertai sejak hampir setahun yang lalu telah tamat. Kini aku akan mengambil kelas kemahiran untuk mempersiapkan diri menghadapi ujian sijil rendah silat Cekak yang dijadualkan berlangsung pada bulan April nanti di kelas latihan Jalan Kent.

Latihan kelas kemahiran akan bejalan selama 15 kelas pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula Jumaat ini. Dengar ceritanya jurulatih akan balun betul-betul. Wallahu A'lam. Tak kisahlah macam mana depa nak balun... yang penting gunakan sepenuhnya semua ilmu yang dipelajari.

Saturday, January 26, 2008

Berdiri Lurus Cekak

Silat Cekak mengajar penuntutnya menghadapi serangan dengan bersiri lurus. Walaupun aku dah biasa sebelum ni menanti serangan dengan kaki sebelah ke depan (Karate kaki kiri, Setiabakti kaki kanan), tapi bila dah berlatih dalam cekak ni agak kekok juga untuk berkuda-kuda.

Buktinya semasa berlatih buah umum Cekak. Bila aku diminta menanti serangan secara berkuda-kuda, kakiku seolah tidak mahu bergerak. Nak berdiri lurus juga.

Baru ni, semasa aku mengambil pelajaran buah serang Cekak, aku terkeluar buah Setiabakti (tepisan ke penumbuk). Tetapi disebabkan stance aku tidak mengikut stance Setiabakti, sebaliknya stance Cekak, maka aku dapati pertahanan aku tu tak cukup kuat, dan penumbuk Cekak tetap sampai ke badanku. Jadi aku buat kesimpulan: kalau aku nak makan cara Setiabakti, aku kena menanti cara Setiabakti.

Tapi selagi aku masih mempelajari Cekak, aku akan terus menggunakan kaedah Cekak dalam menghadapi serangan terutamanya semasa latihan.

Thursday, January 24, 2008

Buah Umum Silat Cekak

Latihan malam tadi adalah latihan pertamaku dalam pelajaran buah umum silat Cekak. 4 buah umum diperturunkan. Pelajaran buah umum mengajar ahli mempersiapkan diri untuk menghadapi serangan buah silat/martial arts lain.

Cara menghadapi serangan ini adalah dengan menggunakan kaedah yang dipelajari dalam Silat Cekak. Salah satu pelajaran malam tadi adalah menangani serangan silat x yang ada konsep makan luar dan makan dalam. Pesilat Cekak mempertahankan diri dengan menggunakan pelajaran yang dipelajari dalam buah potong.

Penyelia kelas Cekak aku ni kalau boleh nak bagi buah banyak sebab dia nak group kami ni ambil ujian pada bulan 4 nanti. Insya Allah pertengahan bulan 2 pelajaran umum ni tamat, dan terus masuk kelas kemahiran.

Doakan aku sampai ke tahap tu.

Wednesday, January 23, 2008

SIlat Cekak - Tamat juga aku akhirnya

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan mempelajari Silat Cekak,bermula dari buah asas, buah jatuh, dan buah potong, akhirnya amku tamat jugak. Barulah secara rasmi aku bergelar ahli silat Cekak. (Dulu hanya pelatih sahaja).

Majlis ijazah tamat dijalankan di Pusat Latihan Cekak Jalan Kent pada Khamis malam Jumaat 17 Januari 2008 yang baru lepas oleh Guru Utama Tn Haji Ishak Itam.

Malam tadi aku diajar pelajaran 6 tolak 6 dan juga buah serang.

Maaf aku tak boleh cerita detail pelajaran ini. Cuma pelajaran ini berguna untuk mengenal sesama ahli. Ialah mana tahu tiba-tiba di luar nanti berlaku pergaduhan. Tiba-tiba pelajaran 6-6 ini berlaku, maka pihak yang bergaduh pun tahulah yang mereka adalah sesama ahli Cekak, maka mereka akan berhenti sebab antar pantang-larang silat Cekak ialah tidak boleh bergaduh sesama ahli.

Seterusnya aku diajar buah serang.

Untuk mengambil pelajaran, pelajar kena keluar dulu, dan seorang-seorang akan dipanggil untuk 'merasa' buah serang ni (ambil pelajaran). Buah ini adalah buah 'makan gerak' di mana 'elak kena, tak elak pun kena'. Aku disuruh mengelak ke kanan dan ke kiri, dan memang penumbuk tu sampai juga ke badanku.

Buah ini tidak digalakkan untuk diguna kecuali dalam keadaan terdesak. (Tapi bila bergaduh, memang dah terdesak pun kan??)

Malam ni aku akan masuk peringkat buah umum. Nanti aku cerita lagi.