Wednesday, January 23, 2008

SIlat Cekak - Tamat juga aku akhirnya

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan mempelajari Silat Cekak,bermula dari buah asas, buah jatuh, dan buah potong, akhirnya amku tamat jugak. Barulah secara rasmi aku bergelar ahli silat Cekak. (Dulu hanya pelatih sahaja).

Majlis ijazah tamat dijalankan di Pusat Latihan Cekak Jalan Kent pada Khamis malam Jumaat 17 Januari 2008 yang baru lepas oleh Guru Utama Tn Haji Ishak Itam.

Malam tadi aku diajar pelajaran 6 tolak 6 dan juga buah serang.

Maaf aku tak boleh cerita detail pelajaran ini. Cuma pelajaran ini berguna untuk mengenal sesama ahli. Ialah mana tahu tiba-tiba di luar nanti berlaku pergaduhan. Tiba-tiba pelajaran 6-6 ini berlaku, maka pihak yang bergaduh pun tahulah yang mereka adalah sesama ahli Cekak, maka mereka akan berhenti sebab antar pantang-larang silat Cekak ialah tidak boleh bergaduh sesama ahli.

Seterusnya aku diajar buah serang.

Untuk mengambil pelajaran, pelajar kena keluar dulu, dan seorang-seorang akan dipanggil untuk 'merasa' buah serang ni (ambil pelajaran). Buah ini adalah buah 'makan gerak' di mana 'elak kena, tak elak pun kena'. Aku disuruh mengelak ke kanan dan ke kiri, dan memang penumbuk tu sampai juga ke badanku.

Buah ini tidak digalakkan untuk diguna kecuali dalam keadaan terdesak. (Tapi bila bergaduh, memang dah terdesak pun kan??)

Malam ni aku akan masuk peringkat buah umum. Nanti aku cerita lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Teringat masa buah kena tak kena ni. Masa jurulatih yang macam mamak tu serang kena dan tangan hamba Allah ni pulak naik serang dia dia serang balik hamba Allah ni serang balik juga. haha Terkeluar Silat Sabil... Tapi 6 potong 6 sekarang ni bagus konsep dia tak boleh sesama ahli tapi... err politik tengokla kot kot ada persatuan cekak baru tahun ni... hehe..

Admin said...

Hmm yang cerita politik tu aku tak amik tahu sbb bukan persatuan yang aku join nih... jurulatih-jurulatih aku pun tak ada yang cerita ttg depa.