Saturday, January 26, 2008

Berdiri Lurus Cekak

Silat Cekak mengajar penuntutnya menghadapi serangan dengan bersiri lurus. Walaupun aku dah biasa sebelum ni menanti serangan dengan kaki sebelah ke depan (Karate kaki kiri, Setiabakti kaki kanan), tapi bila dah berlatih dalam cekak ni agak kekok juga untuk berkuda-kuda.

Buktinya semasa berlatih buah umum Cekak. Bila aku diminta menanti serangan secara berkuda-kuda, kakiku seolah tidak mahu bergerak. Nak berdiri lurus juga.

Baru ni, semasa aku mengambil pelajaran buah serang Cekak, aku terkeluar buah Setiabakti (tepisan ke penumbuk). Tetapi disebabkan stance aku tidak mengikut stance Setiabakti, sebaliknya stance Cekak, maka aku dapati pertahanan aku tu tak cukup kuat, dan penumbuk Cekak tetap sampai ke badanku. Jadi aku buat kesimpulan: kalau aku nak makan cara Setiabakti, aku kena menanti cara Setiabakti.

Tapi selagi aku masih mempelajari Cekak, aku akan terus menggunakan kaedah Cekak dalam menghadapi serangan terutamanya semasa latihan.

No comments: