Sunday, December 11, 2011

Senjata Lapan Pak Mat Kedidi

Dalam post lepas aku beritau yang aku jatuh sakit, dan sampai sekarang belum pulih sepenuhnya.. doktor dan fisioterapist nasihat agar aku lakukan aktiviti-aktiviti.. so akupun cubalah aktiviti yang biasa aku lakukan dulu seperti jogging tapi kepala aku tak berapa tahan.. nak pergi gym angkat besi pun taku ada effect kat kepala ni.. akhirnya aku putuskan untuk belajar Senjata Lapan sebab latihan2 Senjata Lapan seperti jurus dan lian boleh aku buat sendiri di rumah, dan aku rasa latihan tersebut boleh membantuku untuk recover lebih cepat.

Setelah melawat web Senjata Lapan, akhirnya aku dapat hubungi seorang jurulatih S8 berdekatan dengan tempat aku tinggal. Maka pada hari Khamis lepas bermulalah kelas Senjata Lapan ku yang pertama.

Pelajar tak ramai hanya 4 orang (pada hari tersebut). Menurut jurulatihku, kelas ini tak sama dengan kelas s8 yang lain sbb boleh dikatakan kelas intensif.. pelajar boleh belajar banyak dalam masa yang cepat mengikut progress pelajar tersebut.

Dalam kelas pertama, aku diajar pelampas.. kira macam warming up la, tapi sebenarnya ia amat berguna di dalam jurus dan lian. Kemuadian aku diajar jurus. Buah permulaan aku hanya cuba-cuba ikut pelajar lain. Kemudian berpindah kepada Lian. Semasa pelajar lain berlatih lian, aku diajar jurus 1. Setelah boleh melakukannya walaupun sangkut2, aku diajar jurus 2. Selaps tersebut kami diajar buah secara berpasangan. Pelajar-pelajar lain dalam kelasku semuanya pernah mempelajari beladiri lain seperti Karate dsb.

Petang tadi aku meluangkan masa berjumpa dengan jurulatihku.. melaluinya banyak cerita ttg senjata lapan (dan juga kumpulan buah pukul lain) yang aku tahu. Insya Allah Selasa depan ni kelas ku yang kedua, dan menurut jurulatihku, insya Allah dalam masa 4 bulan, kami akan taman semua pelajaran, dan selepas itu bolehlah pergi ke Endau untuk berguru dgn guru-guru buah pukul Endau.

No comments: