Sunday, December 11, 2011

Senjata Lapan Pak Mat Kedidi

Dalam post lepas aku beritau yang aku jatuh sakit, dan sampai sekarang belum pulih sepenuhnya.. doktor dan fisioterapist nasihat agar aku lakukan aktiviti-aktiviti.. so akupun cubalah aktiviti yang biasa aku lakukan dulu seperti jogging tapi kepala aku tak berapa tahan.. nak pergi gym angkat besi pun taku ada effect kat kepala ni.. akhirnya aku putuskan untuk belajar Senjata Lapan sebab latihan2 Senjata Lapan seperti jurus dan lian boleh aku buat sendiri di rumah, dan aku rasa latihan tersebut boleh membantuku untuk recover lebih cepat.

Setelah melawat web Senjata Lapan, akhirnya aku dapat hubungi seorang jurulatih S8 berdekatan dengan tempat aku tinggal. Maka pada hari Khamis lepas bermulalah kelas Senjata Lapan ku yang pertama.

Pelajar tak ramai hanya 4 orang (pada hari tersebut). Menurut jurulatihku, kelas ini tak sama dengan kelas s8 yang lain sbb boleh dikatakan kelas intensif.. pelajar boleh belajar banyak dalam masa yang cepat mengikut progress pelajar tersebut.

Dalam kelas pertama, aku diajar pelampas.. kira macam warming up la, tapi sebenarnya ia amat berguna di dalam jurus dan lian. Kemuadian aku diajar jurus. Buah permulaan aku hanya cuba-cuba ikut pelajar lain. Kemudian berpindah kepada Lian. Semasa pelajar lain berlatih lian, aku diajar jurus 1. Setelah boleh melakukannya walaupun sangkut2, aku diajar jurus 2. Selaps tersebut kami diajar buah secara berpasangan. Pelajar-pelajar lain dalam kelasku semuanya pernah mempelajari beladiri lain seperti Karate dsb.

Petang tadi aku meluangkan masa berjumpa dengan jurulatihku.. melaluinya banyak cerita ttg senjata lapan (dan juga kumpulan buah pukul lain) yang aku tahu. Insya Allah Selasa depan ni kelas ku yang kedua, dan menurut jurulatihku, insya Allah dalam masa 4 bulan, kami akan taman semua pelajaran, dan selepas itu bolehlah pergi ke Endau untuk berguru dgn guru-guru buah pukul Endau.

Silat Kalimah Yahya Said bersama Pak Joe

Uii lamanya tak update post... last post dulu Oktober 2010.. sekarang dah Disember 2011.

Gedebuk gedebak dipendekkan cerita lepas berjumpa dengan Pak Joe seperti yang aku cerita dalam post yang lepas, aku pun bergurula dengan beliau.. hajat nak partner dengan kawan partner masa belajar cekak dulu tapi kawan ni tak dapat dihubungi.. so aku terpaksa cari kawan lain sebab Pak Joe yang minta mesti ada partner untuk mudahkan mengajar.

Alhamdulillah dapat ajak sorang ofis mate aku belajar sekali. Aku belajar direct di bawah Pak Joe, di samping jurulatih beliau Abg Man. Sepatutnya kelas 2 minggu sekali, tapi pak Joe tambah extra class memandangkan partner aku ni tak pernah belajar silat sebelum ni.

Belajar dengan Pak Joe perlu sabar sebab beliau amat mementingkan perfection. Bagi beliau yang penting adalah tepisan mesti betul, tentang buah tak berapa penting.. mula-mula aku susah nak terima konsep yang buah tak berapa penting, tetapi stelah sebulan berlatih, baru aku boleh terima konsep tersebut.

Setelah kalau tak silap 3-4 bulan aku pun tamat peringkat 1. Untuk maklumat korang yang pernah belajar Cekak, peringkan 1 Kalimah adalah peringkat asas dan jatuh Cekak.

Tak lama lepas tu aku jatuh sakit... terpaksa tinggal kelas.. terharu kerana Pak Joe telah meluangkan masa untuk melawatku di hospital.. Terima kasih Pak Joe..

Selepas rasa agak kuat, sedangkan belum sihat, aku turun untuk peringkat 2.. dapat ambil sekadarnya.. tak berapa sukar untukku kerana ia adalah lebih kurang sama seperti cekak peringkat potong.

Kemudian naik peringkat 3.. peringkat yang aku tunggu-tunggu kerana peringkat ini tak terdapat dalam cekak.. mungkin ada dalah buah umum.. tapi rasa aku tak belajar masa kelas cekak dulu.. iaitu permainan bawah. Sempat belajar sekali sahaja sbb dah dekat Ramadhan. Sepanjang Ramadhan kelas dicutikan..

Lepas raya kelas tak dapat berjalan disebabkan masalah tertentu... sehinggalah suatu hari Pak Joe menalifonku memberitahu kelas insya Allah akan berjalan semula selepas jurulatih beliau abg Man balik haji.. sebab untuk peringkat tiga ni Pak Joe serah sepenuhnya kepada abg Man, sbb ia melinatkan permainan yang Pak Joe tak berapa kuat untuk melakukannya lagi kerana faktor usia.

Insya Allah.. sabar menanti.