Wednesday, April 25, 2007

Silat Cekak lah pulak

Aku memang dah lama nak belajar silat Cekak nih.. sejak zaman sekolah lagi, tapi tak kesampaian.. sebab kat sekolah aku yang ada hanya Lincah. Lepas aku pindah sekolah lain, yang ada hanyalah Gayong. Bila aku lanjutkan pelajaran oversea, yang ada adalah Karate & Taekwondo. So aku ingat tak da harapan dah nak belajar cekak.

2 tahun lepas, ada demo Cekak dekat Selayang. Demo ni cukup baik pda pengamatan aku sebab ia disertakan dengan penerangan sekali untuk setiap pergerakan yang dilakukan. Ingat nak daftar, malangnya waktu kerja tak mengizinkan.

Minggu lepas, aku dah mula free bali pada waktu malam, jadi tergerak nak join cekak. Nasib baik member ofis aku adalah jurulatih cekak di Shah Alam, di pun berikan contact no. telefon penyelia Cekak Selayang. Rezeki aku nak belajar cekak memang ada nampaknya sebab penyelia tu kata, walaupun kelas baru dah berjalan, tapi mereka nak tambah ahli. Aku pun terus pergi berjumpa penyelia tersebut dan aku diminta untuk ke Shah Alam untuk sesi pengijazahan dengan guru utama.

Pengijazahan berlangsung pasa Ahad malam Isnin lalu dengan baik. Cara pengijazahan cekak ni lebih kurang dengan mandi tapak Gayong. Cuma bezanya, Gayong guna wakil guru, makala cekak ni terima dari guru utama terus. Kalau Gayong, wakil guru hanya bersalam dengan seorang ahli, dan yang lain memaut tangan ahli lain(kalau tak silap sbb aku mandi tapak gayong 16 tahun dulu). Cekak pula, guru akan bersalam dengan setiap murid baru. Jadi masa untuk sesi pengijazahan tu memang makan masa. Tapi berbaloi sebab terima dari tangan guru sendiri.

Oh ya lupa nak bagitau, aku join Cekak Malaysia. Dulu ingat nak join Cekak Hanafi tapi yang dekat dengan aku Cekak Malaysia, so tak kisahlah. Aku tak nak tahu tentang politiking yang berlaku. Aku cuma nak belajar.

Malam tadi adalah kelas pertama aku (kelas asas). Aku didedahkan dengan cara menanti (yang kontroversi tu - berdiri lurus), kaedah A, B & C. Seterusnya aku diajar buah 4 buah Kilas Belakang. Patutnya mula buah 1, tapi sebab kelas tu dah berjalan beberapa minggu, jadi terus ambik buah 4.

Buah Kilas Belakang ni diambil dari Kaedah A. Nasib baik aku dah pernah belajar kunci gayong, jadi tak lah susah sangat bagi aku nak dapat pelajaran tersebut. Tapi mungkin jugak sebab buah tu mudah. Yang menariknya pergerakan kita maju ke hadapan dalam garisan lurus, tak perlu ke kanan atau ke kiri.

Satu perkara baru bagi aku. Kalau dalam silat/beladiri lain, kita akan ambil serangan lawan sebelum serangan tersebut mencecah badan, tapi cekak membiarkan serangan tersebut menyentuh badan baru bertindak. Ini pun kontroversi juga. Tapi jurulatih aku beritahu alasan:
  1. Nak jadikan diri berani terima tumbukan supaya tak terkejut nanti bila naik tahap seterusnya kalau partner ter'lebih' tumbuk.

Aku rasa mesti ada alasan lain, tapi tak pe lah, sampai masanya aku akan tahu juga.

Malam ni ada kelas, tapi aku tak dapat datang sebab ada program 3 hari kat Seemban. Insya Allah next week masuk kelas balik. Mintak-mintak tak ada sebarang halangan sepanjang 7 bulan ni untuk aku tamatkan kelas.

1 comment:

khairi said...

Assalamualaikum..saya nak tanya sikit, sy minat nak belajar silat blh tak abg bg cadangan pd sape yang perlu sy contact. Btw sy tinggal di shah alam.